Saturday, 5 March 2016

Nyahlah Diabetes Dari Bonda-Bondaku !

Biasmillahirrahmanirrahim...

Rasa susah hati kerana kedua-dua orang yang disayangi mengidap diabetes. Mak (ibuku) dan Ma (ibu mertuaku). Bezanya, mak tidaklah terlalu teruk dan baru dapat 'detect' tahun lepas. Bacaan gulanya 11 dan kadang-kadang kurang daripada itu. Mak sangat menjaga pemakanan. Air manis memang jarang minum. Kuih-muih yang manis apatah lagi. Sebulan mungkin dalam 2-4 kali sahaja minum air manis.Kadang sebulan tak pernah langsung!. Namun, mungkin faktor penuaan dan hormon juga menjadi penyebab. Bila dah tahu gula dalam darahnya tidak normal, lagilah 'strict' dia punya pantang.

Mak, My sisters and Me
Sampai saya pesan, " Mak, jangan pantang sampai tak ada tenaga pula nak bergerak. Yang penting jaga pemakanan dan diet mesti seimbang. Lagipun mak tak ada penyakit-penyakit yang lain,". Umur mak sudah menjangkau 74 tahun dan masih gagah ke sana ke mari. Kalau setakat nak tanam pokok pisang 10 pokok tu, dia buat sendiri je ! Saya pun kalah. Orang lama yang makanannya tidak seperti kita, udaranya dulu tidak seperti kita hari ini. Makan sayuran, buah-buahan yang ditanam sendiri tanpa racun !. Kita? Haha..

Ma dan saya...
Ma (ibu mertua) baru berumur 56 tahun. Pernah 'warded' kerana 'hypo' dan dia juga mengalami kegagalan buah pinggang. Pengalaman ngeri dimarahi doktor ketika di hospital kerana tidak mahu menjalani dialisis menyebabkan dia serik dan seolah-olah anti-hospital dan doktor. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor pakar waktu itu. Air mata saya jatuh bila seorang ibu dimarahi di depan pesakit-pesakit lain. Pasti Ma rasa malu. Hakikatnya, dia bukan 'refuse' tak nak buat dialisis, tapi tidak diterangkan secara baik apa itu dialisis, bagaimana prosedurnya, dan apakah kesannya. Ma ketika itu serba-salah, dengan anak yang masih terlantar di rumah perlu penjagaan rapi, tidak boleh berjalan, makan bersuap, masih pakai pampers. Kalau Ma pula yang dialisis setiap minggu,anak-anak yang besar pula masih belajar dan tiada di rumah. Ada dua orang lagi anak yang bersekolah.Boleh bayangkan tak dilemanya macam mana?. Lalu kami tawakal, doa betul-betul dengan Allah, dan cari rawatan alternatif. Dari situlah saya dan suami banyak mencari dan belajar tentang 'Nutritional Healing'. Ianya mengenai bagaimana pemakanan yang kita pilih seharian dan makanan tambahan tertentu yang sebenarnya boleh membantu memulihkan sel-sel badan untuk berfungsi dengan lebih baik dan merawat pelbagai penyakit secara semula jadi. Memang prosesnya sangat lambat, tetapi ianya berkesan.

6 perkara penting yang mesti diberi perhatian jika ingin merawat penyakit dengan kaedah 'Nutritional Healing' ini adalah :

1. Yakin dengan kuasa penyembuhan oleh Allah. Berdoa bersungguh-sungguh.
2. Disiplin diri dengan pola pemakanan seharian. (rujuk pakar nutrisi dan diatetik).
3. Pemeriksaan doktor secara berkala.
4. Pemilihan jenis makanan tambahan atau suplemen yang sesuai dan sudah diuji secara klinikal boleh membantu menyembuhkan penyakit tersebut. (Ada kelulusan KKM).
5. Istiqamah dengan cara hidup yang sihat dan aktif.
6. Sabar !. Amal atau makan hari ini, esok belum tentu terus sihat.

Mungkin ada sesetengah pihak kurang bersetuju dengan Nutritional Healing ini, namun ianya bergantung kepada masing-masing untuk memilihnya bukan? . Kami sekeluarga sudah merasai kesannya dan ingin berkongsi.

Hakikatnya nutrisi harian atau pengambilan makanan tambahan untuk melengkapi nutrien yang tidak cukup yang menyebabkan sel-sel, tisu-tisu dan seterusnya organ serta sistem badan kita tidak berfungsi dengan baik ini bukanlah untuk orang yang sudah sakit, akan tetapi ianya adalah untuk mengelakkan daripada penyakit kronik.Namun begitu, tidak dapat dinafikan ianya masih berkesan untuk mereka yang sudah sakit dengan izin Allah.

Wallahu a'lam.

# Nantikan perkongsian seterusnya...


Friday, 4 March 2016

Ramuan Semulajadi Vivik Sangat Unik !

Bismillahirrahmanirrahim...
Mood untuk mengenali dan mengkaji untuk lebih tahu apa yang dimakan menyebabkan saya menulis entri ini. Untuk simpanan peribadi dan tatapan yang sudi mengambil ilmunya.
Masih lagi mengenai keunikan Vivix...Benarkah Vivix Melambatkan Penuaan Sel ?
Kali ini lebih mendalam tentang bahan-bahan yang ada di dalam vivix.
 
Bahan-bahan antioksidan dalam Vivix
Antioksidan yang biasa kita kenali adalah seperti vitamin C dan E; mineral seperti selenium, copper, manganese, dan zink; koenzim Q10; dan karotenoid. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai nutrien lain yang mempunyai ciri-ciri antioksidan, termasuk kumpulan besar molekul organik yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai polifenol. Saintis Shaklee telah memilih beberapa sumber polifenol tumbuhan untuk dimasukkan ke dalam Vivix untuk menjadikannya produk antioksidan yang unik.
Japanese Knotweed (Polygonum cuspidatum)
Japanese Knotweed adalah ramuan pertama dipilih untuk dimasukkan ke dalam Vivix. Ia merupakan sebatian yang dikenali sebagai resveratrol. Komponen wain merah selalunya dikaitkan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular di Perancis . Mereka yang mengamalkan diet tinggi lemak biasanya akan minum banyak wain merah. Ianya dikenali sebagai France Paradox.
Resveratrol biasanya didapati di dalam anggur yang digunakan untuk membuat wain merah, tetapi tidak semua anggur mengandungi peratusan resveratrol yang sama. Untuk mengelakkan kepelbagaian dalam peratusan itu, Shaklee menggunakan sumber resveratrol semula jadi yang berbeza, iaitu sekurang-kurangnya 98% tulen: ianya adalah daripada tumbuhan yang dikenali sebagai , Japanese Knotweed atau nama Latinnya Polygonum Cuspidatum.
Resveratrol daripada Japanese Knotweed,  keberkesanannya  memang sukar ditandingi. Dos harian satu sudu teh (5 ml) Vivix mengandungi 100 mg resveratrol, merupakan jumlah yang sama yang boleh didapati di dalam 100 gelas wain merah. (pssttt....Wine is prohibited to Muslim ya).

Muscadine Grape (Vitis rotundifolia )
Fuh..besornyeee.....
Muscadine grape adalah bahan kedua berkuasa di dalam Vivix yang datangnya daripada anggur "super" , yang dikenali sebagai muscadine atau Vitis Rotundifolia. Anggur ini adalah lebih besar daripada anggur biasa dan merupakan satu-satunya anggur dijumpai di dalam alam semula jadi dengan tambahan kromosom (20 kromosom) - yang dipercayai oleh saintis, keupayaannya untuk menghasilkan polifenol (antioksidan) yang lebih bermanfaat  berbanding anggur jenis lain. 
Polifenol (antioksidan) ini melindungi Muscadine grape kerana ia tumbuh di persekitaran panas lembap, yang secara komersialnya  ditanam di bahagian tenggara Amerika iaitu di negeri-negeri seperti Georgia, Florida, dan Carolina.
Muscadine Grape  mengandungi banyak sebatian khas (antioksidan) yang memberikan manfaat kepada kesihatan terutamanya bahagian kulit dan biji anggur.Vivix mengandungi sepenuhnya ekstrak anggur,tidak seperti sesetengah produk yang hanya mengandungi pulpa dan pomace yang kemudiannya ditambah air dan gula. Ekstrak anggur di dalam Vivix ini sangat kaya dengan ellagic acid, fitonutrien yang tidak dijumpai di dalam anggur biasa.
Penemuan yang hebat ini merupakan satu pengembaraan yang mencabar oleh para saintis Shaklee.Mereka memerlukan satu cara untuk memaksimumkan potensi sebatian polifenol yang ditemui di dalam anggur super ini, jadi mereka bekerja dengan saintis dari University of Georgia untuk mewujudkan proses pengekstrakan sejuk dan lembut yang akan menjamin kualiti hasilnya dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan.
Apa yang bezanya?

Purple Carrot (Daucus carota sativa)
Uniknya ciptaan Allah...
Purple carrot juga adalah sumber ramuan antioksidan untuk Vivix. Sayuran ini berwarna ungu di luar tetapi oren di bahagian dalam, dan mendapatkan pigmennya bukan daripada beta-karotena seperti lobak oren biasa tetapi dari kelas  sebatian yang sama yang terdapat dalam European Elderberry iaitu antosianin (antioksidan yang kuat). Lobak ungu juga mengandungi alfa dan beta-karotena, dua karotenoid yang terkenal sifat antioksidannya.
Rainbow noodle...masakan thai guna purple carrot..hehe..
  
European Elderberry  (Sambucus nigra)
European Elderberry yang juga menjadi ramuan di dalam Vivix . Tumbuhan ini telah mendapat perhatian pengkaji sejak dahulu lagi dan semakin  meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini kerana kandungannya yang tinggi antosianin.
Antosianin, serta flavonoid lain di dalamnya, mempamerkan ciri-ciri antioksidan, dan dipercayai bahawa pengambilannya boleh mencegahan beberapa penyakit degeneratif. Ekstrak daripada buah-buahan ini telah digunakan dalam banyak kajian klinikal.
Selain daripada bahan utama di atas....ada beberapa bahan lagi di dalam Vivix iaitu:
Sorbitol adalah gula alkohol asli dalam bentuk cecair yang bersama-sama dengan gliserin dan air, bertindak sebagai pelarut untuk memastikan kestabilan bahan-bahan lain di dalam Vivix. Ia boleh didapati secara semula jadi di dalam buah pear, epal, ceri, plum, pic, dan aprikot. Walau bagaimanapun, ianya dihasilkan secara komersial daripada jagung. Sorbitol perlahan-lahan akan diserap oleh darah, jadi ia mempunyai indeks glisemik yang sangat rendah dan kesan minimum kepada peningkatan gula di dalam darah darah.
Silikon dioksida membantu bahan-bahan di dalam Vivix berada di tahap yang stabil (tak cepat rosak lah...tapi jika tidak diletakkan di dalam peti ais selepas dibuka,akan rosak dalam masa yang sekejap kerana Vivix tidak mengandungi bahan pengawet kimia sintetik). Perisa semulajadi Vivix menjadikan ianya mungkin memberi rasa yang berbeza  antara 'batch' keluaran tertentu dengan 'batch' yang lain.

Baca tentang silikon dioksida:
Codex Alimentarius
Natural 
Water

Vivix Shaklee eksklusif ?
Shaklee has applied for a patent on the involved process used to make the muscadine extract used in Vivix so that it can’t be duplicated by any another company. We’ve also made a sizeable investment in the equipment used for the extraction process, which guarantees us exclusivity for years to come with the contract manufacturers who perform the various production operations.
In addition, Shaklee has long-term contracts with major growers of muscadine grapes in the southeast United States to ensure an ongoing supply of this vital raw material.
Vivix has taken many years of research and ingenuity to develop and has been an extremely complex project – but the result has been worth it. This unique combination of antioxidants protects cells from the ravages of free radicals and the damage they can do to DNA, thus directly helping prolong cellular life and maintain good health.
Dr. L. Lee Coyne, the Healthy Professor

Secara kesimpulannya kandungan antioksidan di dalam Vivix mampu  bertindak mencapai tahap Selular Level untuk kesihatan sel-sel badan manusia.

Secara tidak langsung akan membantu untuk :
  • Merendahkan tekanan darah
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan daya seks
  • Meningkatkan pengeluaran sperma
  • Memutihkan dan mengurangkan jeragat
  • Mengurangkan kedut halus
  • Anti kanser
  • Merendahkan tahap kolesterol
  • Menguatkan tulang
  • Mengurangkan arthritis
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Anti inflamasi
  • Menghalang kejadian tumor
  • Menstabilkan perasaan
  • Mengawal selia estrogen
  • Mengawal selia insulin
  • Anti depresi
  • Mengurangkan bintik penuaan
  • Mengurangkan rambut beruban dan keguguran rambut
  • Melegakan alergi dan lelah
  • Memperbaiki mutasi sel
  • Menghalang Alzheimer
  • Mencegah masalah prostat
  • Mengawal selia kelikatan darah
Dan banyak lagi sebenarnya...
Senang untuk kita faham sebenarnya, organ-organ badan kita ini terdiri daripada sel-sel, jika sihat sel-sel itu maka sihatlah organ kita tak kiralah buah pinggang ke, jantung ke, kulit ke, otak ke...kannn..
Radikal bebas yang menyerang sel.


Kerosakan sel..


Dari mana datangnya radikal bebas tu??????

Antara kesan radikal bebas...

Antioksidan...


Auntie ni bukan umur 30-an yee..pengguna tegar Vivix Shaklee


Ratusan botol kosong Vivix yang disusun oleh pambantu rumahnya...
P/S : Tq Auntie for the nice pictures...

Kelihatannya seperti 'over' bagus Vivix ni kan??? 
Sekali lagi for me, trying is believing...saya sendiri masih mengambil Vivix sehingga ke hari ini. Tak sabar rasanya nak tunggu berita gembira dengan izin Allah.
Usaha, ikhtiar , tawakal. Sembuh atau tidak letakkan sepenuh keyakinan kita kepada Allah. Vivix mungkin hanya asbab. Sunnatullahnya jika sakit mesti cari ubatnya, tak sakit tapi nak sihat berpanjangan pun ada caranya...Betul tak?. Sentiasa berdoa moga-moga apa yang kita pilih, kita makan itu sesuai dan memberikan manfaat yang banyak untuk diri kita..

Ingin saya bantu dapatkan VIVIX boleh hubungi ya. Saya suka berkongsi.

Ok..Moga-moga bermanfaat .Sehingga berjumpa lagi di lain entri..Wallahu a'lam.

Benarkah Vivix Boleh Melambatkan Penuaan Sel ?

Bismillahirrahmanirrahim..
Antara produk Shaklee yang femes amos adalah vivix. Selain daripada harganya yang agak wow!... dan di minum oleh segelintir artis yang cukup sinonim dengan kecantikan kulit mereka, bagi saya ianya sangat berbaloi.
Sebotol vivix boleh bertahan selama sebulan bergantung kepada kuantiti pengambilannya. 
Rasanya yang memang sedap dan tidak dapat dinafikan, ada yang berpendapat, minum sebotol sehari pun tak kisah. Rm 400++ untuk sehari...haha..tidak menjadi masalah.
Mari kita tengok apa yang berkaitan dengan vivix ni. Apa yang istimewa sangat???Lama dah nak buat entri ini.Rasa seronok mengkaji tentang produk ini kerana keunikannya.Jom!
Sedikit Sorotan Tentang Vivix
Hasil penyelidikan canggih untuk menentang penuaan selular selama bertahun-tahunlah yang menemukan vivix. Ianya mengandungi adunan fitonutrien porprietari yang ditemui di dalam anggur mascardine - gabungan polifenol dan resveratrol menghasilkan ramuan yang 10 kali ganda lebih hebat daripada resveratrol semata untuk melambatkan mekanisma utama penuaan selular.

Vivix® Shaklee telah dibangunkan khusus untuk menangani mekanisme penuaan biologi, dengan bahan-bahan aktif yang disokong oleh kajian makmal terbilang. Bahagian Kesihatan Kanada (Health Canada) memerlukan human studies (kajian manusia) untuk menyokong semua klaim kesihatan terhadap non-traditional health sebelum sesuatu produk itu boleh didaftarkan sebagai produk kesihatan semula jadi untuk dijual tanpa menyalahi undang-undang.

Oleh kerana Bahagian Kesihatan Kanada (Health Canada) belum ada monograf  untuk produk anti-penuaan, maka kajian klinikal ke atas manusia (no double-blind-dilakukan oleh pihak ketiga,bukan Shaklee untuk mengelakkan bias) telah dilakukan ke atas Vivix untuk menyokong klaim anti-penuaan sebagaimana garis panduan terhadap klaim produk di Amerika Syarikat . Shaklee Kanada telah memutuskan untuk mendaftar Vivix sebagai produk antioksidan.

Klaim produk (Vivix) yang menyatakan ianya mengandungi bahan antioksida yang boleh digunakan sebagai penawar disokong oleh data saintifik  yang kukuh dan boleh diterima oleh penilai Kesihatan Kanada (health Canada).

sumber :Dr. L. Lee Coyne,Healthy Professor (http://leanseekers.com)


Definisi antioksidan

Jadi apakah sebenarnya  antioksidan? Ianya sebagai  "bahan dalam makanan yang ketara mengurangkan kesan buruk spesies reaktif, seperti oksigen dan spesies reaktif nitrogen, ke atas fungsi fisiologi yang normal pada badan manusia."

Istilah "spesies reaktif" secara saintifik merujuk kepada radikal bebas - kekal lama, serpihan molekul yang sangat reaktif yang boleh menyebabkan tindak balas rantai yang merosakkan  sel-sel badan kita.

Reaksi-reaksi ini boleh mempunyai kesan langsung kepada jangka hayat sel-sel dan kesihatan DNA dalam setiap sel. Antioksidan adalah bahan yang dapat menghentikan tindak balas ini dengan memusnahkan radikal bebas.
Ini contoh gambarajah mekanisma radikal bebas ni..

Apa yang radikal bebas lakukan ke atas sel badan manusia

Peranan Antioksidan ke atas sel badan manusia...protect...protect...
Sebab itu dikatakan (daripada hasil kajian Shaklee), Vivix mampu melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

InsyaAllah akan ada entri lain khusus tentang radikal bebas ini.

Apakah itu vivix dan kandungannya?
Vivix ialah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix dihasilkan daripada gabungan 4 tumbuh tumbuhan:


Apakah itu polifenol?

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Polyphenolic compounds adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam kebanyakan tumbuh tumbuhan. Makanan yang kaya dengan polifenol termasuk bawang, epal,  anggur, strawberi, raspberi, blueberi, kranberi, dan sesetengah kekacang.

Apakah itu resveratrol?

Resveratrol (3,5,4'-trihydroxy-trans-stilbene) adalah stilbenoid, sejenis fenol semulajadi dan phytoalexin yang dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa tumbuhan sebagai tindak balas kepada kecederaan atau apabila tumbuhan itu diserang oleh patogen seperti bakteria atau kulat.Sumber resveratrol termasuk kulit anggur, blueberi, rasberi, dan mulberi. Senang cerita antioksidan lah.


Bagaimana fitonutrien di dalam vivix melindungi kita daripada penyakit?

Phytonutrients berpotensi melindungi daripada penyakit kerana ia berfungsi sebagai:

  • antioksidan (pssst...boleh tengok semula gambarajah radikal bebas di atas..hehe)
  • menguatkan sistem immuniti
  • menggalakkan komunikasi antara sel kepada sel yang lain
  • mengubah metabolisma estrogen
  • menukar vitamin A (beta-carotene kepada vitamin A)
  • menyebabkan proses apoptosis(kematian) sel kanser
  • membaiki DNA yang rosak disebabkan merokok dan kesan terdedah kepada toksik.
  • pembuangan bahan karsinogenik melalui pengaktifan cytocrome P450 dan Phase II enzyme systems

Vivix telah dikaji secara mendalam melibatkan professor dari universiti terkemuka di Amerika. Ini adalah antara keputusan kajian oleh Shaklee berkenaan vivix yang menunjukkan ia hasil dari kajian terperinci oleh saintis di mana keberkesanannya jauh lebih baik berbanding resveratrol sahaja:

Melindungi dan memperbaiki selular DNA

Meningkatkan mitokondria (biogenesis-pembentukan baru)

Penuaan tidak dapat dihalang tetapi boleh dilambatkan...untuk hidup yang lebih sihat berkualiti..

Apakah status terkini berkenaan kajian melibatkan Phytonutrients?

Berdasarkan kajian komuniti yang telah dibuat secara umum (bukan yang dilakukan oleh shaklee-untuk mengelakkan bias), didapati peningkatkan makanan yang kaya dengan phytonutrients boleh jadi satu strategi untuk mengurangkan risiko kanser and penyakit jantung.

Polifenol banyak di dapati di dalam tumbuh tumbuhan, namun khasiat kesihatan polifenol hanya dikaji secara terperinci oleh pakar pemakanan baru baru ini. Sehingga pertengahan tahun 1990, kumpulan antioksidan yang banyak dikaji adalah antioksidan vitamin, karotenoid, dan mineral. Kajian berkaitan flavonoid dan polifenol yang lain, ciri ciri antioksidan mereka, dan kesannya kepada pencegahan penyakit benar-benar diketahui selepas tahun 1995. Flavonoid jarang sekali disebut dalam buku teks berkenaan antioksidan yang diterbitkan sebelum 1995.

Punca utama mengapa kajian mengenai polifenol ini lambat bermula ialah kerana struktur kimia yang sungguh kompleks dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Apakah potensi polifenol?

Bukti terkini menunjukkan yang polifenol mencegah penyakit kardiovaskular, kanser, dan osteoporosis. Ini menunjukkan kemungkinan besar potensi polifenol untuk penyakit neurodegenerative diseases dan diabetes mellitus. Namun demikian penemuan saintifik masih diperingkat awal.Namun ada bukti saintifik yang menunjukkan flavonoid adalah “berpotensi untuk menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan bukti belum mencukupi secara kukuh untuk penyakit kanser dan banyak lagi kajian sedang dijalankan (WHO- Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

Atas sebab ini ramai orang yang mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, SLE, Rheumatoid arthritis telah mencuba VIVIX. Kebanyakkan mereka mendapat kesan yang positif.

Baca testimoni saya sendiri di SINI.

Retis...
Kesan vivix..
Diabetes..

Insya Allah, saya percaya setiap penyakit ada harapan untuk sembuh kecuali mati..Tidak salah mencuba, namun wajib ada ilmu tentang produk, betul cara pengambilannya,betul masa pengambilannya. Pilihlah yang terbaik untuk diri kita.
Psst...Saya tidak berkongsi apa yang saya tidak makan, tidak guna dan tidak buat..
"Trying is believing..."
Untuk yang berminat, boleh hubungi saya. Saya akan terangkan daripada A-Z tentangnya. Saya suka berkongsi ilmu di bidang pemakanan ini walaupun sudah beberapa tahun meninggalkan research, industri-industri makanan yang saya cintai...hehe.Namun bidang ini dekat di hati saya.
Semoga bermanfaat.Wallahu a'lam.