Rasa susah hati kerana kedua-dua orang yang disayangi mengidap diabetes. Mak (ibuku) dan Ma (ibu mertuaku). Bezanya, mak tidaklah terlalu teruk dan baru dapat 'detect' tahun lepas. Bacaan gulanya 11 dan kadang-kadang kurang daripada itu. Mak sangat menjaga pemakanan. Air manis memang jarang minum. Kuih-muih yang manis apatah lagi. Sebulan mungkin dalam 2-4 kali sahaja minum air manis.Kadang sebulan tak pernah langsung!. Namun, mungkin faktor penuaan dan hormon juga menjadi penyebab. Bila dah tahu gula dalam darahnya tidak normal, lagilah 'strict' dia punya pantang.
![]() |
| Mak, My sisters and Me |
Sampai saya pesan, " Mak, jangan pantang sampai tak ada tenaga pula nak bergerak. Yang penting jaga pemakanan dan diet mesti seimbang. Lagipun mak tak ada penyakit-penyakit yang lain,". Umur mak sudah menjangkau 74 tahun dan masih gagah ke sana ke mari. Kalau setakat nak tanam pokok pisang 10 pokok tu, dia buat sendiri je ! Saya pun kalah. Orang lama yang makanannya tidak seperti kita, udaranya dulu tidak seperti kita hari ini. Makan sayuran, buah-buahan yang ditanam sendiri tanpa racun !. Kita? Haha..
![]() |
| Ma dan saya... |
Ma (ibu mertua) baru berumur 56 tahun. Pernah 'warded' kerana 'hypo' dan dia juga mengalami kegagalan buah pinggang. Pengalaman ngeri dimarahi doktor ketika di hospital kerana tidak mahu menjalani dialisis menyebabkan dia serik dan seolah-olah anti-hospital dan doktor. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor pakar waktu itu. Air mata saya jatuh bila seorang ibu dimarahi di depan pesakit-pesakit lain. Pasti Ma rasa malu. Hakikatnya, dia bukan 'refuse' tak nak buat dialisis, tapi tidak diterangkan secara baik apa itu dialisis, bagaimana prosedurnya, dan apakah kesannya. Ma ketika itu serba-salah, dengan anak yang masih terlantar di rumah perlu penjagaan rapi, tidak boleh berjalan, makan bersuap, masih pakai pampers. Kalau Ma pula yang dialisis setiap minggu,anak-anak yang besar pula masih belajar dan tiada di rumah. Ada dua orang lagi anak yang bersekolah.Boleh bayangkan tak dilemanya macam mana?. Lalu kami tawakal, doa betul-betul dengan Allah, dan cari rawatan alternatif. Dari situlah saya dan suami banyak mencari dan belajar tentang 'Nutritional Healing'. Ianya mengenai bagaimana pemakanan yang kita pilih seharian dan makanan tambahan tertentu yang sebenarnya boleh membantu memulihkan sel-sel badan untuk berfungsi dengan lebih baik dan merawat pelbagai penyakit secara semula jadi. Memang prosesnya sangat lambat, tetapi ianya berkesan.
6 perkara penting yang mesti diberi perhatian jika ingin merawat penyakit dengan kaedah 'Nutritional Healing' ini adalah :
1. Yakin dengan kuasa penyembuhan oleh Allah. Berdoa bersungguh-sungguh.
2. Disiplin diri dengan pola pemakanan seharian. (rujuk pakar nutrisi dan diatetik).
3. Pemeriksaan doktor secara berkala.
4. Pemilihan jenis makanan tambahan atau suplemen yang sesuai dan sudah diuji secara klinikal boleh membantu menyembuhkan penyakit tersebut. (Ada kelulusan KKM).
5. Istiqamah dengan cara hidup yang sihat dan aktif.
6. Sabar !. Amal atau makan hari ini, esok belum tentu terus sihat.
Mungkin ada sesetengah pihak kurang bersetuju dengan Nutritional Healing ini, namun ianya bergantung kepada masing-masing untuk memilihnya bukan? . Kami sekeluarga sudah merasai kesannya dan ingin berkongsi.
Hakikatnya nutrisi harian atau pengambilan makanan tambahan untuk melengkapi nutrien yang tidak cukup yang menyebabkan sel-sel, tisu-tisu dan seterusnya organ serta sistem badan kita tidak berfungsi dengan baik ini bukanlah untuk orang yang sudah sakit, akan tetapi ianya adalah untuk mengelakkan daripada penyakit kronik.Namun begitu, tidak dapat dinafikan ianya masih berkesan untuk mereka yang sudah sakit dengan izin Allah.
Wallahu a'lam.
# Nantikan perkongsian seterusnya...


0 comments:
Post a Comment